Khazanah lantik Charon Wardini Pengarah Eksekutif baharu
KUALA LUMPUR 23 Sept. - Khazanah Nasional Bhd telah melantik Datuk Charon Wardini Mokhzani sebagai Pengarah Eksekutif, Pejabat Pengarah Urusan bermula 6 November.
Cabang pelaburan kerajaan itu dalam satu kenyataan berkata, Charon Wardini akan memasuki Khazanah dari CIMB Group di mana beliau sekarang adalah Timbalan Ketua Eksekutif Kumpulan, Perbankan Pelaburan dan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Investment Bank Bhd.
Khazanah juga menyatakan penghargaan kepada Dr. Nungsari Ahmad Radhi, Pengarah Eksekutif, Ketua Penyelidikan dan Strategi Pelaburan yang meninggalkan Khazanah pada 1 September, untuk bertugas sebagai Pengarah Urusan Prokhas Sdn. Bhd., sebuah syarikat milik penuh Minister of Finance Incorporated. Nungsari telah berkhidmat di Khazanah sejak Februari 2007. - BERNAMA