Media Coverage

Sukuk Aman lambang keyakinan pelabur

 

Rabu, 7 Feb 2011

PEMBINAAN BLT Sdn Bhd (PBLT) yang menerbitkan siri pertama program Nota Islam Jangka Sederhana (IMTN) berjaya menempatkan harga yang mendapat permintaan kukuh daripada pelabur domestik dan asing.

Sukuk itu diterbitkan di bawah nilai harga nominal RM10 bilion melalui Aman Sukuk Berhad, anak syarikat milik penuh PBLT. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PBLT, Mohammed Redza Mohd Yusof berkata, pihaknya komited untuk memainkan peranan menyokong usaha kerajaan mempromosikan Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).

Beliau berkata, kejayaan menerbitkan Sukuk Aman melambangkan keyakinan pelabur terhadap pasaran ringgit sukuk, sekali gus mampu menjana aktiviti ekonomi negara.

“Kami gembira dengan kejayaan terbitan sukuk ini dan menghargai kerjasama dan sokongan padu Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri, CIMB Investment Bank Berhad (CIMB), Maybank Investment Bank Berhad, RHB Investment Bank Berhad, AmInvestment Bank Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam), Prokhas Sdn Bhd dan semua yang terbabit dalam terbitan dan transaksi ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Program Sukuk IMTN adalah kemudahan pembiayaan jangka panjang yang dipadankan dengan pembiayaan sub pajakan daripada kerajaan. PBLT akan menggunakan pulangan daripada pembiayaan sub pajakan untuk menebus Aman Sukuk IMTN. Berdasarkan kredit kukuh bagi pembiayaan pajakan, Program IMTN itu diberikan penarafan kredit mutakhir AAAIS oleh Malaysia Rating Corporation Bhd (MARC) dengan unjuran stabil.